SYARAT PERTANDINGAN

  1. Semua hasil karya penyertaan mestilah asli dan idea pengkarya sendiri.
  2. Semua penyertaan hendaklah di daftar dan dihantar melalui laman web MYACT.
  3. Setiap peserta boleh menghantar maksimum tiga (3) penyertaan melalui tiga (3) pendaftaran yang berbeza dan hanya satu yang terbaik akan dipilih oleh juri-juri profesional.
  4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Julai 2021. Sebarang penghantaran selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
  5. Sekiranya pihak penganjur mendapati hasil karya yang dihantar tidak asli, maka karya berkenaan akan disingkirkan daripada pertandingan ini serta-merta. Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh juri-juri profesional.
  6. Hasil karya para peserta akan diletakkan di Galeri dalam Talian MYACT bagi kegunaan kempen ‘MALAYSIAN YOUTH ACTION AGAINST TORTURE (MYACT)’.
  7. Terbuka kepada DUA (2) KATEGORI umur sahaja, iaitu:
    • Kategori A: Berumur 15 hingga 18 tahun
    • Kategori B: Berumur 19 hingga 24 tahun

SYARAT HASIL KARYA

  1. Hasil karya haruslah berkaitan dengan isu penyeksaan tahanan – sila rujuk pautan myact.suaram.net bagi memahami kes-kes atau contoh karya-karya terdahulu berkenaan penyeksaan tahanan.
  2. Peserta bebas untuk membentuk karya sendiri (mengikut kreativiti dan idea sendiri) atau menyambung lukisan berdasarkan poster yang disediakan.
  3. Medium karya yang dihasilkan adalah bebas: cat air, poster color, charcoal, cat minyak, pensil warna, soft pastel, oil pastel, medium campuran dan digital.
  4. Hasil karya haruslah dalam format melintang (lanskap).
  5. Hasil karya yang dihantar perlu diimbas menggunakan resolusi tinggi (High Resolution) (300 DPI) dan hanya menggunakan format fail imej seperti: JPEG.
  6. Penilaian akan dilakukan berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
    • Idea, konsep dan subjek    : 50%
    • Teknik lukisan                     : 50%

HAK MILIK KARYA

  1. Dengan menyertai pertandingan in, setiap peserta bersetuju untuk membenarkan pihak penganjur menggunakan karya yang dihantar bagi tujuan bukan komersil yang selaras dengan objektif dan matlamat pertandingan ini serta untuk projek “Mengurangkan amalan berisiko yang menyebabkan penyeksaan dan penganiayaan dalam tahanan polis di Malaysia, Filipina dan Thailand”.
  2. Pihak penganjur tidak boleh menggunakan hasil karya untuk isu komersial dan harus meminta kelulusan daripada peserta jika mahu menggunakan karya peserta.
  3. Peserta berhak menggunakan karya berkenaan dalam mana-mana penerbitan dan penganjur menganggap tiada tanggungjawab tersurat atau tersirat dengan penerbitan karya berkenaan.