FAQ

Siapakah juri-juri bagi pertandingan ini?

Untuk makluman para peserta, barisan juri profesional yang dilantik mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam menilai pertandingan melukis kartun. Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan sebarang ketidakadilan dan berat sebelah, nama barisan juri profesional tidak akan dinyatakan sehinggalah hari pengumuman pemenang.

Bilakah tarikh akhir pertandingan ini?

Tarikh akhir pertandingan adalah pada 26 Julai 2021 sebelum 11.59pm.

Berapa banyak karya yang boleh saya hantar?

Setiap peserta boleh menghantar maksimum tiga (3) penyertaan melalui tiga (3) pendaftaran yang berbeza.

Siapakah yang mendana kempen ini?

Pertandingan ini dianjurkan oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), disokong oleh The Association for the Prevention of Torture (APT) dan ditaja oleh Kesatuan Eropah (EU).

Adakah hanya untuk warganegara Malaysia sahaja?

Pertandingan ini terbuka kepada semua yang berumur daripada 15-18 tahun bagi kategori A manakala 19 – 24 tahun bagi kategori B.

Bagaimana saya melukis karya seni?

Lukisan boleh dibuat melalui apa-apa medium seperti cat air, poster color, cat minyak, pensil warna dll. Namun, para peserta perlu memastikan karya yang dihantar harus diimbas dan disimpan dengan format JPEG dan dihantar melalui laman web.

Masih mempunyai soalan?

Sila menghubungi kami untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut

Hubungi Kami