Idea Cipta
Mendapatkan Inspirasi dari contoh dan kes rujukan
Ahmad
ditahan oleh sekumpulan anggota polis kerana disyaki mencuri motosikal dikawasan perumahannya. Kawan-kawan Ahmad yang berada di rumah sewaktu itu turut ditahan kerana disyaki bersubahat bersama Ahmad. Ahmad digari dan dibawa masuk ke dalam kereta polis. Ahmad dipukul dan dilempang polis untuk memberitahu dimana abang Ahmad.
Ahmad dan abangnya lalu ditahan reman polis selama 14 hari.
Sepanjang 14 hari mereka dipukul, ditampar, disebat menggunakan getah pipe dan juga dikenakan renjatan eletrik dibahagian badan.
Mereka dipaksa oleh IO yang bertugas untuk mengaku kesalahan mereka. Ahmad pada waktu itu berumur 17 tahun, direman menggunakan akta 3(1) POCA 1959.
Lukisan oleh : Amin Landak
Amir
merupakan kawan Ahmad. Amir ditahan bersama-sama dengan Ahmad kerana disyaki mencuri motosikal dikawasan perumahannya. Selain daripada dipukul dan diseksa, kaki Amir dipijak berkali-kali oleh Polis menggunakan kasut boot polis. Amir juga dipaksa untuk menanggalkan seluarnya dan tahanan yang lain dipaksa untuk melakukan seks oral di bahagian kemaluan Amir.
Amir pada waktu itu berumur 25 tahun, direman menggunakan akta 3(1) POCA 1959.
Lukisan oleh : Amin Landak
Yu Kang
sedang memandu di lebuhraya Johor Bharu apabila beliau memarkit keretanya di tepi jalan untuk membuat panggilan telefon. Sebuah kereta polis berhenti dan meminta IC dan lesennya. Polis kemudian menggeledah keretanya dan mengatakan bahawa dia disyaki memiliki dadah.
Yu Kang dituduh menyerang pegawai polis. Yu Kang yang enggan mengikut pegawai polis dipukul dan direman selama satu minggu. Yu Kang kemudian dinafikan hak untuk memanggil ahli keluarga atau peguam. Semasa berada ditahanan, Yu Kang kemudian dipukul dan dipaksa untuk menandatangani pernyataan yang dibuat oleh polis sendiri. Dalam pernyataan itu, Yu Kang dipaksa untuk mengaku mabuk dan menyerang pegawai polis dan didakwa mengikut Seksyen 186.
Lukisan oleh : Amin Landak
Kumar
ditangkap di bawah 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (DDA) dan dipenjara selama 19 hari di Pusat Tahanan Pemulihan Dadah Penjara Kajang. Suatu hari sekitar jam 8 pagi Kumar dipanggil untuk rutin pagi, tetapi Kumar mengadu bahawa dia sakit leher dan ingin mendapatkan rawatan perubatan.
Namun, dia dipukul oleh dua warden penjara di kepalanya menggunakan paip PVC. Dia kemudian tidak dibawa untuk rawatan perubatan sehingga dibebaskan. Sehingga kini Kumar menderita apabila kecederaanya menyebabkan telinganya sentiasa mengeluarkan cecair.
Lukisan oleh : Amin Landak
Sathiya
ditangkap pada suatu petang kerana berlakunya perdebatan antaranya dengan “Polis Bantuan” di KL Sentral. Sathiya kemudian dibawa ke bilik Polis Bantuan dimana beliau ditendang dan dipukul selama setengah jam di sebuah bilik Polis Bantuan sebelum dihantar ke balai polis berhampiran. Sathiya disimpan di lokap selama 3 hari.
Saudara perempuan Santhiya membuat laporan polis mengenai kecederaan mangsa. Santhiya lalu dihantar ke Hospital UM.
Lukisan oleh : Amin Landak