PERTANDINGAN MELUKIS KARTUN
Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dengan memberi peluang kepada anak muda untuk berfikir tentang penyeksaan dalam tahanan polis dan merealisasikannya melalui lukisan.
Untuk makluman para peserta, barisan juri profesional yang dilantik mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam menilai pertandingan melukis kartun. Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan sebarang ketidakadilan dan berat sebelah, nama barisan juri profesional tidak akan dinyatakan sehinggalah hari pengumuman pemenang.
Tarikh akhir pertandingan adalah pada 26 Julai 2021 sebelum 11.59pm.
Setiap peserta boleh menghantar maksimum tiga (3) penyertaan melalui tiga (3) pendaftaran yang berbeza.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), disokong oleh The Association for the Prevention of Torture (APT) dan ditaja oleh Kesatuan Eropah (EU).
Pertandingan ini terbuka kepada semua yang berumur daripada 15-18 tahun bagi kategori A manakala 19 – 24 tahun bagi kategori B.
Lukisan boleh dibuat melalui apa-apa medium seperti cat air, poster color, cat minyak, pensil warna dll. Namun, para peserta perlu memastikan karya yang dihantar harus diimbas dan disimpan dengan format JPEG dan dihantar melalui laman web.
Sila menghubungi kami untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut
Hubungi Kami